BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ayam Penyet

ayam penyet




Semalam.. seperti biasa saya dan suami akan jalan2 membeli juadah berbuka... dari minggu pertama berpuasa, kami dah terpandang satu gerai menjual Nasi Ayam Penyet.. Tapi kami takde can nak membeli kerana sedari awal Ramadhan, ramai betul orang beratur di gerai tu.. Jadi nak dijadikan cerita, semalam orang dah mula balik kampung, kami dapatlah merasa nasi ayam penyet ni... Bila dimakan, perghhh!! gile sedap! memang kena dengan selera kami.. rugi tak beli dari awal.. Okeylah, saya pun tanpa berlengah terus mencari resepi ayam penyet ni di Internet.. Ingat nak buatlah nanti.. Manalah tau jadi..... (",)

Jom chekidout!!

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus sekejap dan toskan. Simpan air rebusan itu untuk sup dan nasik.
    * 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak
    * 1 sudu Jintan Manis - goreng tanpa minyak
    * 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak
    * 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
    * 1 sudu besar Serbuk Kunyit
    * ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
    * 3 ulas Bawang putih
    * 2 cm Halia
    * Sedikit Air
    * Garam secukup rasa.
    * Minyak masak untuk menggoreng.

   1. Kisar kesemua bahan dalam blender hingga halus.
   2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk rasa rempah.
   3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
   4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

    * Sedikit minyak masak
    * 15 batang Cili merah
    * 8 biji Cili api
    * 1 biji bawang merah
    * 3 biji Bawang putih
    * 3 biji Tomato
    * 5 cm Belacan
    * 2 sudu besar Ikan Bilis
    * Gula merah secukup rasa
    * Air Lemon

   1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.
   2. Goreng belacan.
   3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
   4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
   5. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.
   6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
   7. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup.

   1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
   2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang, bawang putih, halia serta rempah tumis dan curah ke dalam sup tadi.
   3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

    * 1 paket tauhu.
    * 1 paket tempe.
    * Sedikit tepung beras.
    *  Minyak masak untuk menggoreng

   1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
   2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi

    * 4 cawan beras basmati(beras biasa pun boleh)
    * 1 biji bawang besar potong bulat
    * 3 ulas bawang putih
    * satu btg kayu manis
    * dua biji buah pelaga
    * bunga lawang
    * bunga cengkih
    * sedikit butter
    * garam
    * kiub pati ayam
    * 2 cawan air rebusan ayam


   1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunge lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
   2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 5 minit.
   3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
   4. Tanak sehingga nasi masak.

 Cara hidangan-Hidangkan nasi ayam penyet bersama tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun.

0 ulasan: