BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 29 Oktober 2011

Nasi Ayam Mak Yang Shekin

Resepi ni kepunyaan Makyang Shekin yang berasal dari Kuala Pilah. Beliau telah memberi kebenaran kepada tr utk dimasukkan dalam blog resepi2sedap ni.. Jom kita tengok pe bahan2nya..

Bahan-bahan Utk Sup:

  • kepingan ayam bahagian tulang
  • bawang putih dihiris
  • halia dihiris
  • bawang besar dihiris
  • kulit kayu manis
  • 1 batang serai
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 biji sup bunjut
Cara memasak:
  1. Semua bahan diatas direbus sekali sehingga masak tanpa garam.
  2. Ambil 2 cawan sup dan simpan
  3. Kemudian barulah ditambah garam secukup rasa.
Bahan2 utk nasi:
  • 2 cawan beras ( hidangan 4 orang)
  • 2 cawan air sup (yang takde garam tu)
  • bawang besar dihiris
  • bawang putih pun hiris
  • bunga lawang
  • 2 kuntum kulit kayu manis
  • 1 batang halia dihiris
  • 4 biji buah pelaga
Cara memasak nasi:
  1. Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras.
  2. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk. Kemudian bolehlah dimasak. (Makyang kata lebih bagus guna periuk elektrik)
  3. Jangan lupa tambah sedikit gula dan garam.
Perap Ayam pula:
  • Ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan2 tersebut:
  1. Bawang besar 1/2 biji
  2. Bawang putih 10 biji
  3. Halia 1/2 inci
  • Bahan2 ni diblender kendian dimasukkan kedalam ayam
  • Masukkan sos tiram dan sedikit kicap manis, gaul semua sehingga sebati, perap selama beberapa minit. Lagi lama perap, lagi best. Tapi jangan perap sampai satu hari satu malam, naya nanti.
  • Setelah tu barulah boleh digoreng. (Jangan lupa simpan baki perapan ayam tadi utk dimasak semula)
Sos Baki Perapan Ayam:
  1. Ambil baki perapan ayam tadi dan masak semula.
  2. Sila tambah bahan2 ni : sos tiram, kicap manis, kicap hitam, garam dan gula
  3. Tunggu sampai mendidih dan angkat
  4. Kemudian ambil ayam yang digoreng tadi, ketuk2 ayam tu ye (cukup sekadar pecah sedikit isi ayam tersebut)
  5. Ambil sos perap ayam ni dan tuangkan ke atas ayam tadi.
Sos Cili:
  • 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih
  • Air limau nipis (ambil 1/4 dari sebiji limau)
  • Garam dan gula.
Sayur:
  • Seimbangkan nasi ayam korang dengan sayur2 spt timun, tomato dan juga salad.
Try yer?

Ayam Masak Merah

Ini antara favourite tr dan suami.. Setiap kali raya, mesti dan wajib hidangan ni ada.. Jom kita tengok apa bahan2nya..

Bahan2nya:

  • 1 ekor ayam (bersih dan dipotong ikut suka)
  • 3 sudu besar cili giling (dikisar)
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 senduk jus tomato
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 6 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 biji bawang besar di potong nipis
  • Daun saderi dan daun sup
  • Gula dan garam secukup rase
Cara nak masak:
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, pastu goreng..
  2. Tumis cili kering, bwg merah, bwg putih, bwg besar, halia dan serai. Setelah ada bau, masukkan tomato puri dan jus tomato lak. Jangan lupa rase sket, tambah garam dan gula.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Ketika nak hidang, taburkan daun saderi dan daun sup yang dah dihiris halus.
Sekian..

Daging Lembu Masak Kicap

Bahan:

  • 500gm daging lembu, ghobuih sampai ompuk..(air eh simpan yo)
  • 2 bijik bawang bosa, ghacik haluih
  • 4 uleh bawang merah, ghacik haluih
  • 2 cm halia mudo, ghacik yo
  • 1/2 cawan kicap pokat manih
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2 koping asam golugor
  • Garam.. pokok dek kaulah camno ghaso eh..
Bahan nak tumih:
  • 4cm kulit kayu manih
  • 3 bijik kayu pelago
  • 4 kuntum bungo congkih
Cara-cara:
  1. Daging lombu yang dah dighobuih tadi kito potong2.. Kok dek kito la nak potong style mcmano janji potong. Paneh'an minyak dalam kuali. Tumih sumo bahan2 yang kito dah ghacik serta bahan penumih tadi. Kacau sampai naik bau eh.
  2. Masuk'an daging, kicap dan air ghobusan tadi sikit domi sodikit. Bilo dah mondidih, masuk'an asam golugor dan garam socukup ghaso.
  3. Sotolah sobati pokat sesuaikan ghaso'eh, peh tu leh la angkek & hidang'an.. Siappp!!
Makanan yang terbaik bagi penduduk dunia dan penghuni syurga adalah daging.(Riwayat Ibnu Majjah daripada Abu Darda')

Isnin, 24 Oktober 2011

MASTERCHEF MALAYSIA minggu pertama.

Salam.. Masterchef Malaysia telah membuka lembaran baru dalam episod masakan negara.. Kita kini mencari juara masterchef Malaysia yang boleh kita bangga2kan.. Tr pun apa kurangnya mencari idea dan resepi2 baru untuk dikongsikan dalam  resepi2sedap.blogspot.com.  Jom kita tengok apa resepi diorang minggu ni..

Udang Goreng Tumis Pedas
Okeh, Udang Goreng Tumis Pedas ni telah disediakan oleh peserta bernama Mohd Danial.. Nampak cam sodap yo.. Moh kito tengok resepi eh..

Udang Goreng Tumis Pedas  - Mohd Danial

Bahan-bahannya:


  • Udang 8-9 ekor kupas kulitnya
  • Bawang merah - 5 biji
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Lemon
  • Ikan bilis - 20 g
  • Cili Benggala

CARA MEMASAK:


  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis
  2. Tumis bahan2 yang dikisar tadi.
  3. Masukkan udang
  4. Perahkan sedikit jus lemon (2 sudu) dan potong cili benggala
  5. Garam secukup rasa.
  6. Sedaia dimakan.
Wow! Senang bangat ni.. Boleh cuba ya..