BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 5 Disember 2011

Paru Masak Sambal Kering

 



Bahan-bahan ( 1 kilo paru, untuk 4 hingga 6 orang )

  • 1 kilo paru (di rebus dahulu selama 30min at least)
  • Lada kering (dalam 20 tangkai or depends on individual)
  • 2 biji Bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Serbuk lada putih dan Serbuk lada hitam (sukatan ikut rasa sendiri)
  • 1 sudu kicap masin
Cara-cara

  • Paru yg telah di rebus, di potong kecil, memanjang sedikit ataupun ikut suka rasa (asalkan tipis dan tidak terlalu tebal) - di goreng dahulu sehingga separuh garing
  • Lada kering, bawang besar dan bawang putih (di blender)
  • Tumis lada yg sudah di blender sehingga sedikit garing
  • Masukkan paru yg telah digoreng, di gaul rata,
  • Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dan juga kicap,
  • Setelah di gaul sebati masukkan perasa dan sedikit garam,
  • Boleh juga di masukkan sedikit gula sebagai perasa,
  • Di gaul semuanye hingga sebati

Sambal Kerang


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulitnya
  • 1/2 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  • tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sampai wangi.
  • masukkan cili giling dan belacan
  • masukkan air asam jawa, sos tomato, garam dan gula.
  • masak sampai kuah agak likat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
  • biarkan seketika sampai bawang layu.. boleh lah dimakan bersama nasi atau nasi lemak