BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 4 November 2011

Ayam Curahan Hati

Chef Brian (Masterchef Malaysia)


BAHAN-BAHAN UNTUK PURI CENDAWAN:
  • 1 keping dada ayam
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang besar kuning (dihiris)
  • Cendawan Oyster (dihiris)
  • Cendawan Portobello (dihiris)
  • Cendawan putih (dihiris)
  • 250ml Krim
  • 2-3 batang rosemary
  • 2-3 batang thyme
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYURAN:
  • ½ biji Zucchini hijau (dikiub)
  • ½ biji Zucchini kuning (dikiub)
  • ½ biji Lobak merah (dikiub)
  • Serbuk cili
  • Minyak
  • Garam
  • Lada hitam

CARA-CARA MEMASAK:
  1. Perapkan ayam dalam campuran minyak, rosemary dan thyme serta garam dan lada hitam secukupnya, biarkan 15 minit.
  2. Masukkan Sauté zucchini dan lobak merah dalam minyak dan serbuk cili. Tambahkan garam dan lada secukupnya. Masak Sauté sehingga keemasan.
  3. Grillkan ayam selama 15 minit atau sehingga masak.
  4. Sediakan puri cendawan panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang kuning sehingga bawang lembut dan bau bawang putih naik.
  5. Masukkan 3 jenis cendawan dan masakkannya sehingga lembut.
  6. Kemudian tambahkan krim dan masakkan sehingga pekat.
  7. Seterusnya tambahkan serbuk cili rosemary, thyme, garam dan lada secukupnya.
  8. Kisarkan sehingga mendapat puri. Letakkan semula ke dalam kuali panaskan dan tambahkan sesuatu mentega.
  9. Hidangkan ayam di atas puri cendawan dikeliling sayuran yang disediakan.
  10. Letakkan sedikit minyak diatas ayam dan serbuk cili mengikut rasa.

Ayam Bersalut Tepung dan Sos Tumis Cendawan

 Chef Kamaruzzaman (Masterchef Malaysia)


BAHAN-BAHAN:
  • Peha ayam - 1 bahagian
  • Rempah cili - ½ sudu kecil
  • Jintan manis - ½ sudu kecil
  • Tepung jagung - 3 sudu besar
  • Serbuk lada hitam - ½ sudu kecil
  • Lada sulah - 4 cubit / ½ sudu kecil
  • Cendawan butang - 8 biji
  • Capsicum Merah - ¼ biji
  • Kentang - 2 biji
  • Maggi seasoning - 1 sudu besar
  • Serbuk perasa maggi - 1 sudu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Telur ayam - 1 biji

CARA-CARA MEMASAK:
  1. Perapkan ayam selama 20 minit dan digoreng dengan sedikit minyak.
  2. Kentang dihiris nipis, masukkan sedikit maggi seasoning, lada hitam, lada sulah dan sedikit garam, kemudian ditumis.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:
  1. Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan capsicum yang dipotong dadu dan cendawan yang telah dihiris.
  2. Bahan perap dicampurkan air dan masukkan dalam tumisan masukkan garam secukup rasa.