BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 12 Mei 2015

Puding Karamel Gula Hangus

Puding Karamel
Anak-anak tr suka betul makan puding karamel.. Nak2 si Umie.. Tak lama lagi kan bulan Ramadhan.. Mesti seronok buat untuk anak2. So, apa tunggu lagi? Jom Kongsi Resepi....
Bahan-bahan:
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 400ml susu cair
  • 2 biji kuning telur
Bahan-bahan untuk karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir kasar
  • 2 sudu besar air
Cara-cara membuat:
  • Masukkan 5 sudu besar gula pasir kasar bersama dua sudu besar air ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil atau sederhana sehingga warna menjadi keperangan dan tutup api.
  • Masukkan gula hangus tadi ke dalam acuan dan ratakan.
  • Dengan menggunakan bekas lain masukkan kesemua telur, gula halus dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 400ml susu cair ke dalam periuk dan tambahkan satu sudu teh esen vanilla, panaskan(sekadar panaskan jangan sampai mendidih).
  • Selepas itu masukkan susu cair yang telah panas ke dalam adunan telur tadi. Masukkan perlahan-lahan dan kacau.
  • Dengan menggunakan penapis, tuangkan bancuhan tadi ke atas gula hangus yang masak tadi.
  • Bungkuskan acuan itu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau sehingga puding betul-betul masak.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan.

Isnin, 4 Mei 2015

KEK COKLAT KUKUS (GUNA SUKATAN CAWAN)

KEK COKLAT KUKUS

kek coklat, kek coklat kukus mudah, resepi kek coklat



Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.


1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )








RESEPI KEK COKLAT PALING MUDAH



RESEPI KEK COKLAT MUDAH

Bahan untuk kek coklat.


Bahan A·


1 cawan serbuk Koko Van Houten 
1/2 cawan gula pasir @ kastor 
1/2 cawan gula perang
1 cawan susu cair @ susu kotak UHT

1 cawan minyak masak @ minyak Jagung
1/2 cawan susu pekat


Bahan B 


11/2 cawan Tepung gandum 

1/2 sudu kecil Soda bikarbonat 
1 sudu kecil Sebuk Penaik 
1 sudu kecil Serbuk Vanilla
2@3 biji telur size B


Cara Membuat

1. Masak Bahan A dalam pot dengan api yang kecil sehingga mesra semua bahan , sejukkan 

2. Pukul telur hingga kembang,  kemudian masukkan bahagian A.  Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. ( Tapis semua bahan kering dalam satu bekas terlebih dahulu-  serbuk Vanilla ,  tepung, bikarbonat dan serbuk penaik ). kacau sebati. 


3. Masukkan adunan dalam loyang 

4. kukus selama 1 jam @ 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sehingga cukup masanya.


5.Apabila telah cukup masa, keluarkan kek dan sejukkan.

BAHAN TOPPING (ganache)


Bahan:

300 gm coklat susu Kompound / Kouverture ~ di cincang atau potong kecill

1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu UHT
1 sudu besar mentega
1 sudu besar Madu



Cara Membuat :

1.Kaedah double boiled- Panaskan susu uht dan susu pekat, Matikan api , masukkan coklat kacau sehingga sebati, masukkan mentega dan akhir sekali madu. Siap untuk dituang atas kek coklat kukus.