KEK COKLAT KUKUS
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke
dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan
api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam
adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk
koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak
berketul-ketul.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium
foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga
larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum
dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah
double boiler )
0 ulasan:
Catat Ulasan