BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 12 Mei 2015

Puding Karamel Gula Hangus

Puding Karamel
Anak-anak tr suka betul makan puding karamel.. Nak2 si Umie.. Tak lama lagi kan bulan Ramadhan.. Mesti seronok buat untuk anak2. So, apa tunggu lagi? Jom Kongsi Resepi....
Bahan-bahan:
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 400ml susu cair
  • 2 biji kuning telur
Bahan-bahan untuk karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir kasar
  • 2 sudu besar air
Cara-cara membuat:
  • Masukkan 5 sudu besar gula pasir kasar bersama dua sudu besar air ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil atau sederhana sehingga warna menjadi keperangan dan tutup api.
  • Masukkan gula hangus tadi ke dalam acuan dan ratakan.
  • Dengan menggunakan bekas lain masukkan kesemua telur, gula halus dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan 400ml susu cair ke dalam periuk dan tambahkan satu sudu teh esen vanilla, panaskan(sekadar panaskan jangan sampai mendidih).
  • Selepas itu masukkan susu cair yang telah panas ke dalam adunan telur tadi. Masukkan perlahan-lahan dan kacau.
  • Dengan menggunakan penapis, tuangkan bancuhan tadi ke atas gula hangus yang masak tadi.
  • Bungkuskan acuan itu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau sehingga puding betul-betul masak.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan.

0 ulasan: