BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 Ogos 2011

Samosa Daging



Bahan-bahan ( 5 orang )


  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

INTI

  • 1 cawan daging kisar (Ramly)
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA NAK BUAT:

Sediakan Inti:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  • Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  • Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  • Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  • Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  • Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  • Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  • Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

[Slide4.JPG]
cara melipat samosa




Ayam Penyet

ayam penyet




Semalam.. seperti biasa saya dan suami akan jalan2 membeli juadah berbuka... dari minggu pertama berpuasa, kami dah terpandang satu gerai menjual Nasi Ayam Penyet.. Tapi kami takde can nak membeli kerana sedari awal Ramadhan, ramai betul orang beratur di gerai tu.. Jadi nak dijadikan cerita, semalam orang dah mula balik kampung, kami dapatlah merasa nasi ayam penyet ni... Bila dimakan, perghhh!! gile sedap! memang kena dengan selera kami.. rugi tak beli dari awal.. Okeylah, saya pun tanpa berlengah terus mencari resepi ayam penyet ni di Internet.. Ingat nak buatlah nanti.. Manalah tau jadi..... (",)

Jom chekidout!!

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus sekejap dan toskan. Simpan air rebusan itu untuk sup dan nasik.
    * 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak
    * 1 sudu Jintan Manis - goreng tanpa minyak
    * 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak
    * 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
    * 1 sudu besar Serbuk Kunyit
    * ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
    * 3 ulas Bawang putih
    * 2 cm Halia
    * Sedikit Air
    * Garam secukup rasa.
    * Minyak masak untuk menggoreng.

   1. Kisar kesemua bahan dalam blender hingga halus.
   2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk rasa rempah.
   3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
   4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

    * Sedikit minyak masak
    * 15 batang Cili merah
    * 8 biji Cili api
    * 1 biji bawang merah
    * 3 biji Bawang putih
    * 3 biji Tomato
    * 5 cm Belacan
    * 2 sudu besar Ikan Bilis
    * Gula merah secukup rasa
    * Air Lemon

   1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.
   2. Goreng belacan.
   3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
   4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
   5. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.
   6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
   7. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup.

   1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
   2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang, bawang putih, halia serta rempah tumis dan curah ke dalam sup tadi.
   3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

    * 1 paket tauhu.
    * 1 paket tempe.
    * Sedikit tepung beras.
    *  Minyak masak untuk menggoreng

   1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
   2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi

    * 4 cawan beras basmati(beras biasa pun boleh)
    * 1 biji bawang besar potong bulat
    * 3 ulas bawang putih
    * satu btg kayu manis
    * dua biji buah pelaga
    * bunga lawang
    * bunga cengkih
    * sedikit butter
    * garam
    * kiub pati ayam
    * 2 cawan air rebusan ayam


   1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunge lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
   2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 5 minit.
   3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
   4. Tanak sehingga nasi masak.

 Cara hidangan-Hidangkan nasi ayam penyet bersama tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun.

Ayam Masak Lomak Cili Api



Salam Ramadhan...

Tinggal 2 hari je lagi kita nak menyambut Aidilfitri.. Seronoknya dapat balik ke kampung.. Dan tadi chef Iwan telah menyediakan Ayam Masak Lomak Cili Api.. hehe.. saya dan suami memang ori org N9.. Jadi malulahkan kalau org Nogori sendiri tak pandai masak lomak cili api ni...

Okeh, kami nak kongsi resepi ni.. Sonang yo nak buek..

Ayam Masak Lomak Cili Api

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
  • 20 ulas cili api/padi (ikut suka – kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4-5 batang serai (dititik)
  • santan (dr sebiji kelapa)
  • 2-3 ulas asam keping

Cara memasak:

1.    Tumbuk cili api + kunyit hidup selumat2nya..
2.    Bahan ( no 1) tadi digaulkan dgn ayam di dlm kuali berserta serai yang dititik..
3.    Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi hingga kering airnya
4.    Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5.    Perisakan dgn garam (jangan pakai serbuk perasa, nanti tak sedap pulak)
6.    Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Tip:  Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Ahad, 21 Ogos 2011

Mee Bandung Muar

Mee Bandung Muar



  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji, rebus dan toskan airnya). boleh juga guna cili boh.. ikut suka ler..
  • 1 labu bawang putih
  • 5 biji bawang merah5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (kalau tak nak kobis pun boleh juga)
  • ¾ cawan gula pasir (kalau suka manis letaklah 1 cawan)
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, kobis bunga boleh dimasukkan mengikut minat sendiri
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara memasak:

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Masukkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak secara banyak, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.) ala kedai la..

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.



Bahan-bahannya:

Sabtu, 13 Ogos 2011

Laksa Penang



Bahan - bahan:

1 kilo laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun
sedikit daun salad
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. rebus ikan kembung hingga lembut. buangkan tulangnya dan kisar isi ikan hingga halus
2. masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk. biarkan mendidih selama 20 minit.
3. kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.


Cara menghidang

1. masukkan laksa ke dalam mangkuk.
2. tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun dan telur rebus


Mi Rebus


Mi Rebus

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 10 ulas bawang putih- kisar
  • 15 ulas bawang kecil- kisar
  • 1/2 inci halia- kisar
  • 1/2 kilo daging- dadu kecil
  • 1/2 kilo ubi kentang - Rebus dan kisar
  • 200gm udang kering
  • 4-5 sudu cili kisar
  • 4-5 sudu cili sos
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit, myk masak utk menumis
#############################################
  • Mi kuning
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Bawang goring

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, bwg kecil dan halia.
  2. Masukkan cili dan cili sos, goreng lagi
  3. Masukkan udang kering kisar, kacau lagi
  4. Masukkan daging, kacau 5 minit
  5. Masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
  6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  7. Bolehlah dihidangkan...isikan didalam sebuah mangkuk dengan mi, taugeh, telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi...
  8. Kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah ditambahkan air.